Wednesday, December 10, 2014

6 FAKTOR JERAWAT MUDAH TUMBUH




Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entry kali ini,Zaiton ingin kongsikan dengan semua tentang Jerawat. Apa itu Jerawat? Siapa yang berisiko kena jerawat? Apa punca terjadinya jerawat ? jenis-jenis jerawat dan bagaimana cara merawat jerawat yang ada di muka?

Apa itu Jerawat?

Jerawat adalah sejenis penyakit kulit yang terjadi disebabkan kotoran menghalang saluran minyak yang terkandung di dalam liang pori-pori mengalir keluar. Apabila liang pori-pori tersumbat maka bacteria akan bertindak  dan akhirnya akan muncul ketulan kecil seperti bisul kecil dipermukaan kulit muka,belakang atau di atas kepala.
Keadaan ini sangat menggangu penampilan seseorang serta  menimbulkan perasaan malu,rendah diri,kurang keyakinan diri  akhirnya menyendiri.

Siapa yang berisiko Jerawat?

1.  Remaja  12-18 tahun adalah golongon yang paling mudah terjadi jerawat di muka kerana:
a.  Perubahan hormon daripada kanak-kanak kepada remaja serta perkembangan emosi kearah sex menyebabkan remaja terdedah kepada jerawat.
b.  Remaja mengambil mudah tentang kebersihan muka dan kulit,akhirnya jerawat akan tumbuh bila kotoran tutup liang pori-pori.
2. Wanita  dan lelaki yang berumur 19-30 tahun juga terdedah jerawat kerana:
a. Stress yang berpanjangan disebabkan masalah kehidupan,pembelajaran dan kerjaya akhirnya hormon akan mengeluarkan minya di muka dan bahagian2 tertentu.
b.Factor pemakanan yang tidak seimbang contohnya makanan yang berminyak,santan,makanan segera dan kurangnya makan sayur atau makan makanan berkhasiat.

Factor atau punca  lain jerawat mudah timbul ialah :
1.      Tidak mencuci alat kosmetik dimuka dengan baik sebelum tidur.
2.      Pori-pori tersumbat disebabkan alat kosmetik yang dipakai tidak sesuai.
3.      Kulit wajah yang terlalu sensitif,
4.       Suka makan manakanan yang berminyak
5.       jarang membersihkan muka dapat menimbulkan jerawat.
6.      Hormon yang tidak stabil. Ini pada umumnya dialami oleh remaja yang sedang dalam masa haid.


Jenis-jenis jerawat

Jerawat terbahagi kepada dua
  1. Jerawat nasi
Jerawat nasi adalah jerawat yang ukurannya kecil. Biasanya tumbuh di bahagian hidung dan pipi karena bahagian tersebut merupakan bahagian yang mengandungi  paling banyak minyak. Jerawat kecil ini juga kadang tumbuh di dahi.
Remaja yang malas membersih atau merawat kulit muka berisiko untuk mengidap jerawat nasi. Wanita yang tidak menjaga dan mencuci rambut dengan betul juga mudah mengidap jerawat di bahagian dahi .Umumnya jerawat ini tidak sakit namun sangat mengganggu penampilan.
  1. Jerawat batu
Jerawat batu adalah jerawat yang ukurannya besar dan sangat sukar untuk  sembuh. Jerawat ini sangat mengganggu karena jika sudah besar akan muncul nanah di atas jerawat. Jerawat batu ini muncul di kulit dan menyebabkan kecacatan  di wajah. Inilah yang paling ditakutkan semua orang, terutama wanita. Mereka yang mengidap jerawat ini akan mudah rasa rendah diri dan kurang keyakinan untuk berhadapan dengan orang lain.


Cara mengatasi jerawat

1.      Melakukan facial wajah. Facial pada umumnya dilakukan selama dua bulan sekali. Namun facial ini rasanya sakit.

2.      Melakukan rawatan mengcilkan  jerawat dengan menggunakan timun yang sudah diiris nipis. Timun yang sejuk disapu atau dilekatkan setiap malam supaya radang pada jerawat cepat sembuh dan hilang.

3.      Merawat dari dalam dengan Vitamin E,kerana vitamin E bertindak sebagai :





         Antioksidan yang melindungi tisu badan kita daripada kerosakan disebabkan oleh bahan-bahan yang dikenali sebagai radikal bebas. Radikal bebas ni boleh merosakkan sel-sel tisu dan organ-organ kita. Radikal bebas ni la yang buatkan kulit kita jadi kusam, tak bermaya, berkedut awal
        Badan kita memerlukan vitamin e sebab dengan kehadiran vitamin e, system imun badan kita jadi kuat dan mampu melindungi kita daripada serangan virus dan bakteria.

        merawat dan menghilangkan parut secara semulajadi dari dalam

         Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
        Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi

Klik sini untuk ketahui cara buat masker vitamin E

Semua orang impikan kulit muka yang licin,gebu dan bermaya. Tapi tubuh  kita ibarat baju kotor yang memerlukan proses untuk menghilangkan sedikit demi sedikit kesan kekotoran yang ada kalau tidak baju tadi akan menjadi rosak atau tidak dapat digunakan langsung.

Begitu juga dengan Vitamin E Shaklee. Memang sangat sesuai untuk kita yang mahu kekal sihat dan cantik sentiasa. Tapi janganlah terlalu berharap benda yang tidak logic,baru makan 2@ 3 biji vitamin E dah sibuk tak jadi apa-apa2pun...... Pengamalan mengambil vitamin e secara konsisten pastinya akan menampakkan hasil. Nak diri kita nampak awet muda dan bebas dari jerawat ni, kita kenalah konsisten kan.



untuk mendapat konsultasi berkaitan produk Shaklee atau untuk membuat tempahan, rakan-rakan boleh hubungi Zaiton  di:


Add Facebook  Zaiton Hamid dan Pm  : https://www.facebook.com/

Atau

SMS/Whatsapp: 019-5585048

Ataupun 


emeil kepada Zaiton: umi.warham2011@yahoo.com

























No comments:

Post a Comment